Pada era globalisasi yang semakin giat berkembang liar ini, arus kemajuan mula melonjak naik secara mendadak tanpa disedari. Oleh itu, masyarakat di negara Malaysia terlalu bergantung harap terhadap penggunaan teknologi masa kini serta tidak cakna terhadap kadar kesihatan mereka. Hal ini menyebabkan taraf kesihatan penduduk di Malaysia bertambah teruk dan meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik seperti obesiti, serangan jantung dan sebagainya. Rentetan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengorak langkah dengan menjalankan beberapa inisiatif bagi menangani masalah ini. Antaranya ialah melalui kempen kesedaran untuk bersukan dan riadah ketika waktu lapang. Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal secara lansung mahupun tidak lansung. Aktiviti ini juga menjadi penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini daripada bertambah rumit persis kata orang tua mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebagai memperkukuhkan lagi pernyataan berikut, kebaikan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Antara kepentingan riadah ialah menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan minda. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti riadah mampu mengurangkan kadar peratusan lemak serta mempu memperbaiki kadar kardiovaskular dalam badan. Tamsilnya, aktiviti senamrobik, berlari dan berenang mampu mempertingkatkan kemampuan kadar degupan jantung serta denyutan nadi agar kembali stabil serta efisien bagi memastikan badan kekal cergas. Selain itu, aktiviti riadah seperti bermain catur mampu menjadikan kita lebih cerdas dan mempertingkatkan kemampuan berfikir secara lebih rasional dan lebih terbuka. Aktiviti ini telah diterapkan dalam diri setiap pelajar melalui aktiviti kokurikulum sebagai langkah awal yang dijalankan oleh kerjasama dua hala melalui Kementerian Pelajaran Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini persis kata cendekiawan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tuntasnya, kita tidak seharusnya memandang enteng terhadap inisiatif yang dijalankan oleh pihak kerajaan kerana ianya mempunyai pelbagai faedah yang membantu kita untuk terus bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara yang maju.
Selain itu, aktiviti riadah turut mampu memanfaatkan masa terluang. Hal ini tercetus apabila masa terluang digunakan untuk melakukan aktiviti riadah yang membawa banyak faedah daripda dibazirkan untuk perkara yang sia - sia. Umum mengetahui bahawa terdapat banyak taman rekreasi yang didirikan bagi kegunaan masyarakat setempat. Hal ini turut membantu menarik minat masyarakat untuk bersukan serta melenyapkan sifat culas yang terdapat dalam diri setiap masyarakat.
Sebagai contoh, masyarakat boleh menjalankan aktiviti riadah setelah seharian bersama teknologi yang sudah dianggap sebagai sahabat harian mereka. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ketika waktu terluang ini ialah bermain layang - layang, bermain badminton, bermain futsal dan sebagainya.
Kesannya, masyarakat akan menjadi lebih aktif serta mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi seperti kolesterol tinggi dan sebagainya. Intihanya, setiap masyarakat perlu memainkan peranan bagi menggalakkan jiran tetangga untuk turut bersama melakukan kativiti riadah.
Di samping itu, kepentingan riadah ialah memupuk silaturahim serta kasih sayang. Hal ini berpunca apabila suatu aktiviti itu dijalankan bersama secara berpasangan mahupun berkumpulan. Antaranya adalah seperti bermain bola tampar, hoki, tenis dan sebagainya. Ikatan silaturahim akan terjalin sesama pemain melalui sifat rasional yang sewajarnya diterapkan dalam diri setiap masyarakat. Sehubungan dengan itu, masyarakat di Malaysia akan bersatu serta berganding bahu dalam meningkatkan prestasi serta kedudukan negara bak kata peribahasa ibarat telur sesngkak pecah sebiji pecah semua. Oleh itu, kita sewajarnya cakna terhadap aktiviti riadah dalam kehidupan seharian agar menjadi masyarakat yang sihat dari segi fizikal mahupun mental.
Konklusinya, aktiviti riadah banyak memberikan faedah kepada masyarakat di Malaysia. Menyingkap dari perspektif yang berbeza, riadah juga mempunyai risiko untuk mengalami kecederaan. Namun, ianya boleh ditangani melalui amalan serata tatacara yang betul ketika melakukan aktiviti tersebut. Kontradiksi daripada pandangan negatif tersebut, maka terbuktilah bahawa inisiatif ini sangat membantu memulihkan kadar kesihatan masyarakat seiring dengan transisi globalisasi yang berkembang maju kini. Sebagai penutup bicara, riadah merupakan cara terbaik yang boleh diamalkan oleh semua orang bagi mengekalkan taraf kehidupan demi masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PULAU PINANG 2018
KERTAS 2 Petikan membincangkan tentang kelebihan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia. Antara kebaikannya ialah ta...
-
Pada era globalisasi yang semakin giat berkembang liar ini, arus kemajuan mula melonjak naik secara mendadak tanpa disedari. Oleh itu, mas...
-
LATIHAN 27 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Dalam me...
-
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA. A) AYAT BAGI SETIAP PERKATAAN 1) Pelajar itu menghadapi dilema ketika diminta untuk memilih sama ada i...
Wow how u do that? Very nice
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteMenarik
ReplyDeletehi
DeleteOk
ReplyDeleteok
ReplyDeletegood
ReplyDeleteMantul
ReplyDeleteHiii
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteVery helpful essay, thx 4 da sharing essay
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteNice one
ReplyDeleteHow you write this?
ReplyDeleteSo long and interesting...
U really did well with the atah acap
ReplyDeleteU really did well with the atah acap
ReplyDeleteU really did well with the atah acap
ReplyDeletegood
ReplyDeletekertas BM akan diubah soalan,karanganih mungkin xkeluar
ReplyDeletetq
ReplyDeleteGratis
ReplyDeleteGreat, tg
ReplyDeleteVery good
ReplyDeletethanks!2003
ReplyDelete