Monday, 12 February 2018

LATIHAN BAHASA MELAYU.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA.

A) AYAT BAGI SETIAP PERKATAAN

1) Pelajar itu menghadapi dilema ketika diminta untuk memilih sama ada ingin menyertai pertandingan bahas atau pertandingan puisi.
2) Delima yang saya beli di kedai itu sangat manis.
3) Ayah mengajak saya pergi ke bendang ketika pulang ke kampung pada cuti persekolahan yang lalu.
4) Cikgu Kamal sangat marah apabila mengetahui bahawa gendang yang baru dibelinya telah rosak.
5) Lori itu sarat dengan buah durian sehingga menyebabkan salah satu tayarnya pancit.
6) Surat yang terdapat di atas meja itu ditujukan khas buat ibu.

B) AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

1) Aksi yang membanggakan dipamerkan oleh Malaysia apabila berjaya mengutip 17 emas dalam kejohanan sukan itu.
2) Hakikat bahawa cuaca memainkan peranan penting dalam hidup tidak dapat kita nafikan.
3) Kempen keselamatan di jalan raya hendaklah dijalankan oleh pihak berkuasa untuk memastikan jumlah kemalangan berkurangan.

C) KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN.
- ATLET
- GENERASI
- KONSISTEN

- BERTARAF
- MENCUNGKIL
- DILAKUKAN

D) KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA
- MENZIARAHI - KE
- PROSEDUR
- MODEL

No comments:

Post a Comment

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PULAU PINANG 2018

KERTAS 2   Petikan membincangkan tentang kelebihan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia.    Antara kebaikannya ialah ta...