Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
Latihan 1:
1. bagaikan kera mendapat bunga
: Pemuda itu bagaikan kera mendapat bunga kerana tidak menghargai pertolongan dan sumbangan yang telah diberikan kepadanya selepas kejadian kemalangan itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
: Sikap Amir yang mementingkan diri sendiri menyebabkan kumpulannya tidak mampu untuk menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh gurunya persis peribahasa kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
: Pelabur itu terlalu mengharapkan keuntungan melalui pelaburannya bagai burung terbang dipipiskan lada menyebabkan dia tidak membuat persiapan menghadapi kerugian daripada syarikat tersebut.
4. menegakkan benang yang basah
: Tindakan peguam itu menegakkan benang yang basah membuatkan dirinya tidak mampu memberikan bukti yang kukuh.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
: Nasib penduduk itu bagaikan telur dihujung tanduk kerana menetap di kawasan cerun bukit yang mengalami musim tengkujuh yang masih berterusan selama dua minggu.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
: Walaupun telah melanjutkan pengajian di universiti termuka dunia serta mendapat beberapa anugerah bertaraf antarabangsa, Rayyan tetap merendah diri dan menjaga perlakuannya kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
: Ahmad mendapat keuntungan yang lumayan daripada hasil jualan makanan segeranya bagaikan tikus jatuh di kepuk kerana mengamalkan cara penyediaan yang terkawal dan bersih.
8. matinya semut kerana gula
: Oleh kerana terlalu tamakkan harta pusaka keluarganya, Amir terpaksa hidup melarat kerana matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
: Pergaduhan Syazana dan kakaknya tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
: Cinta Zarul terhadap Dayana tidak berkekalan bagaikan embun di hujung rumput.
Latihan 2:
1. seperti mendukung biawak hidup
: Perbuatan Zaki seperti mendukung biawak hidup kerana menyertai kumpulan pengganas itu.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
: Selepas kematian isterinya, Azhari ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana kehilangan tempat tinggalnya akibat kebakaran seminggu yang lalu.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
: Sikap Azhar membantu membiayai keperluan pemuda itu ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
: Zafirah tidak mampu untuk membuat keputusan selepas kematian kedua dua ibu bapanya untuk melanjutkan pembelajarannya di German kerana terpaksa menjaga adik beradiknya yang masih bersekolah ibarat ditelan mati emak, dibuang mati bapak.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
: Azman membantu Puan Zubaidah membawa barangnya ke pejabat kerana kalau tidak berada - ada, masakan tempua bersarang rendah setelah tamat sesi peperiksaan demi mendapatkan perhatian daripanya.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
: Encik Khairul bagaikan anjing dengan bayang bayang kerana terlalu tamak dalam urusan syarikat itu.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
: Puan Zubaidah tahu niat sebenar Azman kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
: Ibu berpesan kepada saya agar belajar bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
: Nasihat Puan Hashimah bagai mencurah air ke daun keladi kerana dipandang enteng oleh murid- muridnya.
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
: Azman suka menyalahkan kesalahan orang lain dan bersikap seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PULAU PINANG 2018
KERTAS 2 Petikan membincangkan tentang kelebihan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia. Antara kebaikannya ialah ta...
-
Pada era globalisasi yang semakin giat berkembang liar ini, arus kemajuan mula melonjak naik secara mendadak tanpa disedari. Oleh itu, mas...
-
LATIHAN 27 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Dalam me...
-
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA. A) AYAT BAGI SETIAP PERKATAAN 1) Pelajar itu menghadapi dilema ketika diminta untuk memilih sama ada i...
No comments:
Post a Comment