Saturday, 17 February 2018

TUGASAN CUTI SEKOLAH (PEMENGGALAN AYAT)

LATIHAN PEMENGGALAN AYAT
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

LATIHAN 1
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita  sejak beberapa lama dulu dan kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia yang  berburu sesuka hati mereka serta  daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran serta penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan .

LATIHAN 2
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang direka untuk memberikan manfaat kepada manusia dalam pelbagai aspek.  Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula dan  pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat dan para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut serta menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

LATIHAN 3
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen seperti RTM dan TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan  membimbangkan ibu bapa sekiranya unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik serta menilai sesuatu yang buruk juga.

No comments:

Post a Comment

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PULAU PINANG 2018

KERTAS 2   Petikan membincangkan tentang kelebihan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia.    Antara kebaikannya ialah ta...