Petikan membincangkan kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit
kronik dan sebab-sebab penubuhannya.
Antara
kebaikan penubuhan ini ialah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat
bantuan kewangan. Selain itu, badan khas ini juga dapat membiayai rawatan
segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping
itu, orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan
sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan supaya dapat disampaikan kepada
pesakit kronik yang memerlukan bantuan. Pesakit kronik pula tidak perlu
memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Dalam masa yang sama,
orang ramai turut membantu dalam mengurangkan beban badan yang dicadangkan
supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada golongan yang tidak berupaya
untuk mendapat bantuan daripada pihak lain. Seterusnya, bantuan akan dapat
disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Secara tidak lansung,
gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan
komprehensif. Antara punca penubuhan ini adalah sebagai inisaitif bagi
mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pesakit yang tidak berkemampuan.
Selain itu, ia sebagai tanda keprihatinan masyarakat terhadap pesakit ini.
Kesimpulannya,
sesebuah komuniti mestilah menyokong penubuhan badan khas ini supaya kita dapat
hidup dalam persekitaran yang harmoni dan sejahtera.