Wednesday, 18 July 2018

LATIHAN PENGUKUHAN (RUMUSAN)


    
     Petikan membincangkan kebaikan  penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya.
     Antara kebaikan penubuhan ini ialah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Selain itu, badan khas ini juga dapat membiayai rawatan segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan supaya dapat disampaikan kepada pesakit kronik yang memerlukan bantuan. Pesakit kronik pula tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Dalam masa yang sama, orang ramai turut membantu dalam mengurangkan beban badan yang dicadangkan supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada golongan yang tidak berupaya untuk mendapat bantuan daripada pihak lain. Seterusnya, bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Secara tidak lansung, gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif. Antara punca penubuhan ini adalah sebagai inisaitif bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pesakit yang tidak berkemampuan. Selain itu, ia sebagai tanda keprihatinan masyarakat terhadap pesakit ini.
    Kesimpulannya, sesebuah komuniti mestilah menyokong penubuhan badan khas ini supaya kita dapat hidup dalam persekitaran yang harmoni dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PULAU PINANG 2018

KERTAS 2   Petikan membincangkan tentang kelebihan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia.    Antara kebaikannya ialah ta...